Showing posts with label biskutraya2014. Show all posts
Showing posts with label biskutraya2014. Show all posts

Thursday, July 24, 2014

#2 Projek Biskut Raya 2014

Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan pada entry sebelum ini diSINI, hari ini aku share another resepi biskut raya. :))

For short, here are all the ingredients and the procedures as well! :D
BAHAN A:
  • 125g mentega/buttercup
  • 60g gula kastor
BAHAN B: 
  • 50g nestum - dikisar
  • 30g tepung jagung
  • 130g tepung gandum
  • 1/4 sudu kecil serbuk penaik
BAHAN HIASAN:
  • Coklat masakan
  • Serbuk roti putih
LANGKAH-LANGKAH PEMBUATAN:
  1. Satukan BAHAN A dan pukul sampai sebati.
  2. Masukkan kesemua BAHAN B ke dalam bekas BAHAN A dan gaul rata hingga menjadi doh.
  3. Terap doh menggunakan acuan yang diminati. Ikut resepi asal 4segi, tapi iolls kan divergent sikit orangnye.. Iolls gune bentuk bunge2..hiks
  4. Bila sudah siap membentuk, bakar pada suhu 150C selama 10 minit. 
  5. Bila sudah masak dan bakar semua biskut tadi, biarkan sejuk dahulu.
  6. Prepare bahan-bahan untuk mencelup iaitu coklat masakan dan mentega. Panaskan coklat dan mentega di atas air yang mendidih. 
  7. Celup biskut tadi ke dalam coklat masakan.
  8. Tabur serbuk roti putih di  atas biskut yang telah dicelupkan tadi.
  9. Siap!
Biskut yang siap dibakar~


Sejukkan dulu biskut sebelum dicelup coklat.

Coklat masakan + mentega.


Hasilnya bila siap ditabur. Nampak keagresifan aku menabur disitu~


Last sekali, after coklat dah kering, simpan ler dalam bekas yang kosong dan bersih. Gituw~

So, name untuk biskut raye aku hari ini adalah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BISKUT...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Saje nak buat suspen..meh scroll lagi~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BISKUT NESTUM BERSALUT COKLAT DISIRAMI SERBUK ROTI PUTIH 

Nama kene panjang2, nanti bile orang tanye "Nie biskut hape?" Boleh la aku jawab style chef. Hiks.
Oryte, done for today. see you tomorrow~ 

STAY TUNE!

Teaser untuk esok:

Wednesday, July 23, 2014

#1 Projek Biskut Raya 2014

Assalamualaikum...

Disebabkan lagi 4 hari dah nak raya dicampur dengan status aku yang bergelar penganggur berjaya, maka terhasillah projek biskut raya aku tahun nie. Muehehehehe...

Hari nie aku ingat nak buat biskut raye yang gempak, last2 cari buttercup takdok pulak. So, belek2 la buku resepi cari biskut raye yang tak payah gune buttercup. Aku tak suke guna marjerin biase tu, tak syok rase biskut raye nanti. Haaa..akhirnye aku jumpe la biskut raye tak payah gune buttercup..jeng!

BAHAN-BAHAN:
  • 500g tepung gandum
  • 250g minyak sapi
  • 200g gula icing
  • Manik urai/bahan perhiasan lain mengikut selera.
Tiga bahan je uollss boleh jadi biskut dah. Simple!

PROSEDUR:
  1. Pukul minyak sapi dengan gula icing hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dalam adunan minyak sapi+gula icing yang sudah sebati tadi sedikit demi sedikit sampai jadi doh. Jangan keras sangat dan jangan lembik sangat. Kalau tak dapat bentuk doh pun asalkan adunan tadi boleh digentel dan dibentukkan menjadi biskut pun dah okay bette..
  3. Bila dah siap doh, maka bermulalah sesi menggentel mengikut bentuk yang digemari. Sebab dulu aku dah buat bentuk bulat, maka sekarang aku buat bentuk empat segi pulak la. 
  4. Bila dah jadi bentuknye,tabur la sikit manik urai atas biskut tu tadi.
  5. Bakar biskut yang siap dibentuk dan siap diletakkan manik urai pada suhu 150C selama 10 minit. 
  6. Siap!
Senang kan. Kan kan kan..


Sebelum disalai..Eh, silap,dibakor~ Kene let them fall apart. Nak kasi ruang untuk biskut2 nie kembang sewaktu dalam proses pembakaran..


Selepas 10 minit dalam ketuhar.
Bentuk pun dah bertukar dan ruang2 pengembangan pun telah diisi.



Taraaa!! Bila dah siap semua, masukkan dalam balang. Iolls gune balang kaca. Hiks. Iolls namekan biskut nie

BISKUT SUGI BERTAKHTAKAN MANIK URAI 



Okay,tamatlah ceritera aku hari nie. Stay tune untuk biskut raye seterusnye. Bahan secret untuk biskut esok ialah...

serbuk roti~


STAY TUNE!



Apakah itu Pupillary Distance (PD)?

Assalamualaikum...  Seperti yang aku janjikan pada post sebelum ni pasal cara tentukan saiz spek( klik sini untuk baca ) aku ada mention ...