Tuesday, April 23, 2019

CARA TENTUKAN SAIZ CERMIN MATA (TIPS PILIH CERMIN MATA)

Assalamualaikum...

Mesti ramai yang ke kedai cermin mata masih tak tahu / tak pasti cara nak tengok saiz spek (cermin mata/spectacles) dan macam mana nak tahu saiz spek yang sesuai untuk muka masing-masing...

Ok, untuk setiap bingkai(frame) cermin mata, pada bahagian temple/batang spek tu ada tulis nombor macam ni, contoh ; 52 - 17.

  • (A) 52 adalah jarak frame bahagian depan (single side)
  • (B) 17 adalah jarak nose bridge

Kalau tak boleh bayangkan, bawah ni aku ada tunjukkan dalam bentuk visual...
IMAGE 1:Contoh saiz spek di temple.



IMAGE 2: Contoh saiz spek di temple yang agak sukar dilihat




IMAGE 3: Contoh saiz spek di nose bridge.







IMAGE 4: Contoh mengukur saiz cermin mata /spectacles/ glasses.



Ok dah faham? Senang je kan nak tengok. Kalau tak pasti jugak tanya je pekerja kedai spek tu...


Tapi, macam mana nak tahu korang ni saiz yang mana?


Bagi yang dah pakai spek boleh tengok pada spek masing-masing saiz apa korang pakai..atau kalau dah hilang nombor tu,korang boleh ukur guna pembaris (rujuk IMAGE 4)

Tak confident betul ke tak korang ukur tu, boleh lah minta jasa baik pekerja kedai spek ukurkan...

Bagi yang tak pernah pakai dan first time nak pakai, korang boleh tengok sendiri saiz bentuk muka masing2..
Biasanya perempuan bersaiz muka lebih kecil, jadi saiz cermin mata yang sesuai normally start dari 48 hingga 52..korang juga boleh tentukan saiz melalui PD(pupillary distance). Next post aku exlain pasal ni k.
Bagi yang bersaiz sederhana, normally 52 hingga 54. Actually saiz 54 tu dah besarlah..

Untuk lelaki, saiz muka lebih besar dah lebar berbanding perempuan..kebiasaannya bermula saiz 54 hingga 58. Ada juga yang memerlukan saiz 60 dah ke atas, dan memang susah sikit nak cari frame yang bersaiz besar ni.

Kalau korang sangsi sama ada muka korang tu bersaiz kecil, sederhana atau besar, boleh je try & error di kedai spek. Biasanya pekerja situ akan dapat agak saiz yang sesuai untuk jenis muka korang. Just tanya baik-baik,nanti dorang akan tolong korang pilih.

Kadang-kadang pemilihan cermin mata ni memakan masa yang agak lama dan mungkin satu kedai tak cukup. Jangan putus asa...dan janganlah memilih sangat hihi


Harap leteran aku ni serba sedikit dapat membantu dalam pemilihan cermin mata korang. Kalau ada apa-apa soalan boleh tanya diruangan komen di bawah ok. Aku akan cuba jawab :)





No comments:

Apakah itu Pupillary Distance (PD)?

Assalamualaikum...  Seperti yang aku janjikan pada post sebelum ni pasal cara tentukan saiz spek( klik sini untuk baca ) aku ada mention ...