Disebabkan lagi 4 hari dah nak raya dicampur dengan status aku yang bergelar penganggur berjaya, maka terhasillah projek biskut raya aku tahun nie. Muehehehehe...
Hari nie aku ingat nak buat biskut raye yang gempak, last2 cari buttercup takdok pulak. So, belek2 la buku resepi cari biskut raye yang tak payah gune buttercup. Aku tak suke guna marjerin biase tu, tak syok rase biskut raye nanti. Haaa..akhirnye aku jumpe la biskut raye tak payah gune buttercup..jeng!
BAHAN-BAHAN:
- 500g tepung gandum
- 250g minyak sapi
- 200g gula icing
- Manik urai/bahan perhiasan lain mengikut selera.
Tiga bahan je uollss boleh jadi biskut dah. Simple!
PROSEDUR:
- Pukul minyak sapi dengan gula icing hingga sebati.
- Masukkan tepung gandum ke dalam adunan minyak sapi+gula icing yang sudah sebati tadi sedikit demi sedikit sampai jadi doh. Jangan keras sangat dan jangan lembik sangat. Kalau tak dapat bentuk doh pun asalkan adunan tadi boleh digentel dan dibentukkan menjadi biskut pun dah okay bette..
- Bila dah siap doh, maka bermulalah sesi menggentel mengikut bentuk yang digemari. Sebab dulu aku dah buat bentuk bulat, maka sekarang aku buat bentuk empat segi pulak la.
- Bila dah jadi bentuknye,tabur la sikit manik urai atas biskut tu tadi.
- Bakar biskut yang siap dibentuk dan siap diletakkan manik urai pada suhu 150C selama 10 minit.
- Siap!
Senang kan. Kan kan kan..
Sebelum disalai..Eh, silap,dibakor~ Kene let them fall apart. Nak kasi ruang untuk biskut2 nie kembang sewaktu dalam proses pembakaran..
Selepas 10 minit dalam ketuhar.
Bentuk pun dah bertukar dan ruang2 pengembangan pun telah diisi.
Taraaa!! Bila dah siap semua, masukkan dalam balang. Iolls gune balang kaca. Hiks. Iolls namekan biskut nie
BISKUT SUGI BERTAKHTAKAN MANIK URAI
Okay,tamatlah ceritera aku hari nie. Stay tune untuk biskut raye seterusnye. Bahan secret untuk biskut esok ialah...
serbuk roti~
STAY TUNE!
No comments:
Post a Comment