Sunday, July 22, 2012

Juadah Berbuka Pertama Ramadhan 2012

Assalamualaikum...

Pertama-tama kali, aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini. Puasalah bagi yang berkemampuan dan janganlah berpuasa bagi si gadis yang uzur. Haha. OK. Aku juga ingin memohon seribu kemaafan kepada sesiapa sahaja yang pernah aku sakiti, lukai atau terasa dengan aku. Sesungguhnya aku sungguh tidak sempurna. Dan, semoga Ramadhan kali ini memberi aku petunjuk dalam setiap perkara yang aku lakukan dan lalui. Aminn...

Sekarang, tibalah masa yang ditunggu-tunggu *ketuk drum* and yeah! the juadah berbuka puasa... For the first day, ada sedara dan sepupu aku datang berbuka bersama-sama. Dan aku dan family pun berbuka di rumah nenek. First day, takkan nak kasi nenek bukak sorang-sorang kan. Nanti aku di cop cucu derhaka lak. Lulz. 

Ok, untuk first day nie, kami masak nasi ayam penyek for the main menu. Ini first time buat dan rasanya agak berlainan dengan ayam penyek yang dijual di kedai-kedai. Seriously, ini first time aku makan ayam penyek rasa macam ni. Sedap! tapi rasanya berbeza. 

For the side dishes, ada banyak kuih-muih yang di bawa oleh mak cik sarimah imma saya yang gojes tu. Sangat banyak dan memang tak habes. Selain itu, ada kek buatan adik aku. Rasanya juga sangat berbeza dengan kek-kek yang dijual di kedai-kedai kek. Boleh tahan la rasanya, tapi sangat berbeza. Aku tak cakap tak sedap ok. 


the cake! dipenuhi oreo~ huhuuu
the side dishes. banyak sangat~ ini dinamakan bersederhana di bulan Ramadhan. hihi
my favourite! popia pedas aku panggil kueh nie.
Ayam penyet punya gambar aku tak snap pulak. Sebab masa tue dah tak tahan nak makan. Dah tak ingat apa-apa kecuali makan. Sangat pelahap ye di situ. Mungkin sebab fisrt day puasa, mungkin. Kita tunggu apa akan jadi untuk hari-hari seterusnya. Mungkin aku akan terus meng'update pasal juadah berbuka dan mungkin tidak. Wallahualam...


p/s: saya puasa lagi hari ini ok. 




No comments:

Apakah itu Pupillary Distance (PD)?

Assalamualaikum...  Seperti yang aku janjikan pada post sebelum ni pasal cara tentukan saiz spek( klik sini untuk baca ) aku ada mention ...