Monday, August 19, 2013

Balik kampung

Assalamualaikum...

Aku rasa lebih kurang 2 tahun jugak la aku tak menjejakkan kaki di bumi kelantan dan dengan semangat yang kental aku berjaya jugak sampai di sana. Macam biasalah, kami akan singgah di dua buah rumah, rumah nenek belah ummi dan rumah sepupu belah abah. Bila lama tak balik ni, excited terlebih. Siap pakai jubah tau. Auuww~ 


Credit to Fatin. Jubah given by Janjan comot. Hee~


Masa di rumah nenek, pakcik aku pun balik sekali dengan isteri dan anak2 dia. 3 orang anak and anak kedua mereka kembar. Macam upin dan ipin aku tengok diorang nih. Tak dapat nak snap pic lawa2 sebab memang diorang nie tak bole duduk diam. T_T


Real upin & ipin ! Budak2 nie tak bole duduk diam even sesaat. -.-'

Dalam 3 hari 2 malam aku stay rumah nenek, then kami meneruskan journey ke rumah sepupu pulak di tumpat. Dekat sana pun ada baby jugak. Anak kepada sepupu aku. Comel macam aunty dia nie. Eh. 




4 hari je kami balik sana sebab driver ada hal katenye. Citt~ Dalam ontheway balik tue, sempat la singgah wakaf bharu beli ole-ole dan juga singgah beli etok di tepi2 jalan dan kerepok lekor di ganu kite. Lalu terengganu syok sebab boleh nampak pantai. Sebab driver tak singgah, maka hanya boleh lihat dan senyum. Blerghh~ 

asam thailand. sedap kot. 

snap dari kereta jela. 

Syok jugak balik kelate nie, lebih2 lagi kalau dah lama tak balik. Ada la jugak aktiviti yang berguna yang boleh aku kongsi di sini. Kalau tak, asyik share luahan perasaan je. Hehe.. 
Sampai di sini shj buat kali ini, nanti kalau rajin aku update pasal aktiviti lain pulak. KALAU...

Jemputlah melancong ke kelantan ye kawan-kawan. : D

No comments: